Untuk post kali ni, saya nak ceritakan pengalaman saya membuat gadaian dinar emas di Agro Bank, cawangan Cheras, Bandar Sri Permaisuri (No telefon 03-91732389) pada hari Rabu lepas. Dinar emas yang saya gadai ada 3 keping - 2 keping adalah Public Dinar manakala 1 lagi adalah Dinar Muslim.
Untuk pengetahuan korang, sebelum saya pergi ke Agro Bank ni, saya cubalah nak gadai kat Arrahnu YAPEIM cawangan Bandar Tun Razak. betapa hampanya saya, setelah menunggu hampir 15 minit dan pergi ke kaunter gadaian, saya diberitahu yang dinar emas tidak diterima untuk gadaian. Setelah bersembang lebih kurang, saya pun degan hati keciwa pi lah ke Agro Bank. Nasib baik x jauh daripada Bandar Tun Razak.
Semasa saya sampai kat Agro Bank tu, saya tanya la kat kaunter cashier, 'ade arrahnu x kat cni?' Sopan je akak tu jawab, katanya di tingkat 1. Saya pun menapak ler ke tingkat 1 & terus pi kat bilik arrahnu. Masa tu ade sorang pompuan tengah membuat penebusan barang gadaian dia. Tak lamapun tunggu, 5 minit lepas tu tiba lah giliran saya.
Masuk jer, saya terus tanya pegawai tu, Linda namanya, syiling emas @ dinar Agro Bank terima ke x? Alhamdulillah, jawapannya adalah seperti yang saya harapkan, hehehehe. Saya pun korek la sikit2 tentang perkhidmatan arrahnu Agro Bank ni sambil dok isi borang gadaian. Cik Linda tu kate, jongkong emas diaorang terima asalkan beratnya setiap jongkong emas tu kurang daripada 100gram. Ini bermakna jongkong emas 50gram dan ke bawah diaorang terima le. Pastu kalau nak gadai mesti ada bawak sijil ataupun invoice original untuk jongkong emas tu. Sebabnya sijil mahupun resit beli emas tu akan disimpan bersama dgn barang gadaian. Takpa lah tu. Yang penting ini berita baik...hehehehe. Bukan untuk saya sorang je, juga untuk kawan-kawan semua. Lepas ni boleh rempit lagi.
Kemudian, bila wat density testing, 2 keping dapat 916 & 1 keping lagi dapat 875. Uiks...gtu pulak. Then bila timbang berat pulak, 2 keping dapat bacaan 4.25gram & satu lagi dapat 4.26gram. Oklah tu. Mengikut pengiraan 2 keping 916 tu dinilai pada RM108.30 manakala sekeping 875 tu, dinilai pada RM103.40. Memandangkan ini kali pertama saya membuat gadaian di Agro Bank, maka saya hanya akan dapat 60% sahaja daripada nilai marhun RM1,361.07. Jumlah sebenar yang saya dapat RM810.00. Upah simpan untuk 6 bulan RM48.99. Tapi saya dapati dinar emas yang digadai tu, bukan dinilai sebagai syiling emas tapi sebagai emas lain. Saya tak kisah, janji dapat duit. Lepas ni boleh beli emas lagi, harga emas kan tengah turun lagi ni...time untuk memborong lah, hehehe.
Kat bawah ni gambar surat gadian kat Agro Bank tu. Klik pada gambar untuk gambar yang lebih besar.
Semoga kita sama-sama dapat berkongsi pengalaman dan ilmu berkaitan dengan emas ni. Wassalam.
wah..sonok..dah de pglman memajak...sy blom lagi..hu~
ReplyDelete